Noktah.

Tak perlu lagi berunding.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendiriannya untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman.

Malah katanya Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari telah menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memberi laluan kepada parti luar untuk bertanding di Sarawak demi kestabilan politik.